Nak kahwin tapi selalu sahaja terpakai duit dalam tabung kahwin ? Cuba simpan emas.
Jejaka: 1 gram
Gadis: 1 gram
3 tahun: 72 gram emas
Mudah kan ? Ini satu contoh yang saya berikan, jumlah gram simpanan setiap bulan tidak semestinya 1 gram , ini bergantung dengan berapa target tabung kahwin anda dan pasangan. Dengan mewujudkan tabung kahwin dalam bentuk emas, ada beberapa kelebihan berbanding dengan simpan duit dalam bank.
1. Simpanan Tidak Bocor
Dari pengalaman saya, simpan duit di mana pun kalau kita tahu kita ada amaun yang banyak. Tetap tidak dapat lari daripada di korek sikit-sikit. Apa yg jadi , sikit-sikit, lama-lama makin sikit simpanan tu. Apabila ini berlaku , semakin lama masa kita ambil untuk capai target tabung kahwin tersebut. Walau simpan duit di bank akaun di Afrika sekali pun tetap juga akan dikorek tabung ini.
Apa yang saya perhati , kalau simpan emas kita jadi lupa tentang amaun duit yang banyak itu sebab kita hanya nampak gram emas. Duit kalau kita nampak banyak , perkara paling seronok adalah membelanjakannya , berbeza dengan duit, emas ni semakin kita tengok , tatap dan renung-renungnya, semakin kuat naluri kita nak simpan emas tu. aura emas ni memang lain macam. Sebab memang nature manusia suka kepada emas. Jadi ini membantu kita untuk capai target kewangan kita
2. Nilai Meningkat Dalam Jangka Panjang
Emas merupakan salah satu aset pelaburan yang memberi pulangan yang boleh dikira baik. Menurut pakar kewangan Tuan Azizi Ali, sepanjang 20 tahun yang lalu, emas memberikan pulangan secara purata sekitar 10% setahun. Apa-apa medium pelaburan yang memberi pulangan 10% dan keatas boleh dikira baik.
Jika kita ingin berkahwin dengan mengunakan teknik menabung emas, pastikan jangka masa anda menabung adalah sekitar 3 hingga 5 tahun. Dengan itu, barulah nilai tabung emas anda berganda. Sekiranya di bawah 3 tahun , adalah lebih baik sahabat menyimpan duit dalam bank atau medium pelaburan yang memberikan pulangan yang lebih besar dalam jangka masa pendek.
3. Membina Tabiat Yang Menguntungkan
Rumah, tanah, emas dan perak adalah contoh aset fizikal yang meningkat nilainya dalam jangka panjang. Dengan menyimpan emas sebelum kahwin kita dapat membina tabiat menyimpan emas. Tanpa tabiat, kita tidak akan dapat simpan emas dengan konsisten. Berbanding dengan orang yang tidak mempunyai tabiat dan hanya beli emas sekali selepas itu berhenti, di masa depan kita akan jadi lebih kaya. Ini adalah salah satu keuntungan dari segi psikologi jika kita simpan emas.
Begitulah dia 3 kelebihan simpan emas untuk tabung kahwin. Semoga bermanfaat buat pasangan yang ingin memulakan rumah tangga di masa depan.